Instagram

Leave a Comment
Bersantai ditepian kolam
Sekarang ni panas betul ek. Jb baru hari ni hujan selepas panas yang berpanjangan berhari-hari. Tu pun tahu hujan bila keluar opis pukul 3 nak g surau. Hamek ko aku solat zohor pukul 3. Itu pon aku keluar bila staff aku masuk bilik bagitau aku tak solat lagi. Actually aku yang suh ingatkan sebab aku buat keja macam nak gila dan termuntah dalam opis dari kol 10 pagi pas meeting sampai pukul 3 baru aku keluar bilik. Makan pon aku makan dalam bilik sebab aku dah tapau nasi kerabu siap-siap sebelum g opis pagi tadi. Pestime aku makan nasi kerabu dengan sudu. Sungguh tidak nikmat. Semua gara-gara aku tak nak kuar cuci tangan. Sibuk mengalahkan pak menteri, sampai timbalan pengarah nak jumpa aku pon dia yang datang mengadap aku kat bilik. Hey, korang jangan pikir aku orang penting plak ek, aku macai je, tapi oleh kerana audit sirim nak datang 27 hb jun ni, aku dengan dedikasinya kena memastikan segala dokumen lengkap, kerana audit sirim lepas dokumen part aku ni sering mendatangkan masalah. Haiyo, audit sebelum ni belum lagi zaman aku, zaman ade lah sorang mamat yang sekarang dah naik pangkat, dia punya susunan dokumen. Carca marba. Aku kena susun balik satu-satu untuk memastikan kepala otak aku tak berserabut semasa memastikan setiap satu dokumen lengkap. Belum lagi nak pastikan data dari satu dokumen ke satu dokumen lengkap. haru aku memastikan dokumen sebanyak 12 fail itu tip top. Nasib baik dokumen semasa yang aku buat tersusun baik.. Takdela pening kapla hotak memikirkannya. Haihh ni la kerja gomen. Selalu.... Last minute. Nape la sampai 4 sesi ko nak audit. Audit sesi semasa dan satu sesi kebelakang tak bley ke.. Nasib baik la bos-bos aku sporting mengizinkan aku skip meeting untuk memastikan dokumen lengkap.siap pesan jangan lupa ambik makanan sebab aku berkurung dalam bilik tak muncul-muncul untuk makan. Aku dah kenyang sebenarnya makan nasi kerabu aku tapau tu, tapi dek kerana keterharuan kerana ketua jabatan n timbalan pengarah sendiri yang datang pesan suh amek makanan aku pergi jugak melangkah ke bilik mesyuarat ambil makanan. Rezeki aku, rupanya PPT order KFC untuk lunch. Dinner plate lagi. Yummy.. Kerana kenyang, so aku emek tapau bawak balik. Makan dengan suami tercinta. Alhamdulillah, setel susun dokumen yang 12 fail tu. baru susun tu, belum lagi aku tilik satu-satu dokumen. Uwaaa. Sabtu ni memang comfirm kena kerjalah. Kena happy kena happy, kalau kerja sabtu nanti dapat booked off cuti. Nanti tak payah guna cuti tahun. Tak boleh stress, jangan stress.. Kena happy. Think positive.. Tu aku baru cerita audit ISO belum lagi cerita audit persijilan 5s, dahla nak buat audit tu 26. bilik aku tu dah macam bilik fail dah, fail di merata-rata tempat. Sampaikan acik cleaner nak sapu dan mop pon dah tak boleh lalu. Siap aku bagitau bilik aku tak yah kemas dan sapu. Cuma aku benarkan dia kosongkan tong sampah je. Hikhikhik. 25 audit dalaman ibu pejabat. 26 audit persijilan 5S oleh MPC 27 audit Persijilan ISO oleh sirim 2-6 julai pra Myskill 9 julai pelajar baru mendaftar 16 julai pelajar lama mendaftar Tulun!!!!!!! Aku rasa pengambilan pon aku dah tak terbawak. Semua decision untuk pengambilan semua aku put on hold. Aku cadang nak replace terus semua nama yang dah tolak tawaran kemasukan sesi depan. Bagi pengambilan terus capai target pengambilan, tapi macam tak dan aku nak buat.. Status setuju terima pon boleh tahan banyak ni. Kena wat statistik dulu then hantar ke ibu pejabat. Karang tak pasal-pasal diaorang terima pulak rayuan kemasukan. Hei, macam nak extra day je nak buat semua ni. Kenapala
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.