Wahh entry raya aku cuma 1 je.. sekarang dah nak abes dah rayaa.. Semangat merdeka masih terasa. so selamat merdeka raya uolls.. camne merdeka anda.??
Wahah semangat merdeka aku, laki aku dan salman pon menginjak jugak kaki ke dataran merdeka. tapi masa kiteorang pergi dah abes, tujuan pergi hanya nak amek gambar sahaja. hikhikhik..
Walaupon dah sampai ke penghujung bulan syawal tapi mood raya masih terasa. Tahun ni hampir every weekend kiteorang berada di KL hanya minggu ke-2 sahaja di JB.. Tiap minggu salman dapat jumpe wan dan auntie-auntie dan uncle-uncle nyaa..
Minggu 1st - of coz la sebab raya di KL umah MIL
Minggu 2nd - MIL dan SIL datang JB lak ade kenduri kawen kawan husband
Minggu 3rd - Pergi shah alam beraya dengan my kak long's family..
Minggu 4th - Pergi Shah Alam dan KL kerana mengekor husband outstation.. sanggup kau aku cuti hari jumaat semata-mata sebab nak ikut.
Minggu ke 4 ni kiteorang stay hotel la mostly.. So ini adalah pengalaman pertama salman tidur di hotel. mandi pon dalam singki hotel.. hehehe.
Hotel pertama Quality Hotel Shah Alam.. aku nak rate brape ek hotel ni? 3 bintang je kot sebab service yang sungguh mengecewakan hotel takde sedia towel kau, apakah hotel tanpa disediakan towel?? bile mintak dapatnya cume selai..nasib baik free kan company husband bayar takde lah ralat, kalau tau aku hangin jugak laa.. tak kan nak pakai towel cenonet salman kan.. Kami sampai hotel around 12 tengah malam.. Husband aku pecut dari JB 3 jam dah sampai.. Dalam perjalanan salman tidur. Mama pon tidur lah sekali sebab penat giler menghadiri seminar sehari suntuk di pusat islam JB. Tau-tau dah sampai shah Alam hubby tengah pusing cari jalan masuk ke parking hotel.. hotel lama kondisi pon agak lama jugak laa.. newspaper pon takde.. tapi makanan sarapan pagi pelbagai dan boleh lah tahan sedap, mama tak dapat nak makan banyak sebab salman tengah jaga, dia exited tengok lampu hotel banyak.. huhu salman-salman, sempat jugak dia "ter" jatuhkan piring hotel nasib baek tak pecah salman.. nampaknya sekarang mama kena jauhkan semua benda kat atas meja daripada salman dia dah pandai dah mencapai..
Actually yang paling nak cerita adalah hotel ke dua tempat kami menginap..
Star Point Hotel Kuala Lumpur.. superb. 1st impression salah sama sekali. Luaran hotel ini memang nampak macam menakutkan dan macam tak best.. Memula sampai dah aku merungut sebab nak masuk ke hotel tu punya lah susah sebab ada banyak gerai-gerai tepi jalan, kalau aku yang driving memang tak pergilah hotel tu, nasib yang drive husband.. 2nd lak parking hotel yang limited, nasib baik dapat parking kalau tak, tak tau nak parking mana..
Masa check in aku takde rasa apa sebab dah tau hotel bajet kan, tak kan nak demand lobi besar-besar tempat nak check in..
Tapi...
Jeng jeng jengggg... Bile keluar je lift ke level tempat kami bakal menginap terus.. eh ehh cantiknya interior hotelnya.. bile masuk bilik.. teruss waaaaaaaaaaaa cantiknya hotel.. hihihi. so dont judge the hotel by its exterior.. hahahaha..
semua selasa. serba serbi aku suka cuma katil dia kecik sangatlaa.. kami dapat bilik twin, memang aku request kat hubby nak katil twin pon, so salman dan aku boleh sekatil, agak-agak muat nak tidur bertiga 1 katil (macam kat quality hotel shah alam tu) kami tidur bertiga je lah 1 katil.. katil ni memang sesingle abeslaa. tak muat lak pulak aku nak tidur dengan salman 1 katil karang ade yang jatuh karang. sudahnya aku susun 2 bantal di atas lantai di antara kedua-dua katil tu untuk tempat tidur salman.. menyengih anak aku bile baring kat situ mama n papa boleh main cak-cak dengan salman dari atas katil kiri dan kanan..
kami tak amek pakej breakfast, tak amek pon takpe, gerai-gerai makan penuh kat bawah hotel.. ingatkan dah dekat giler-giler sangat dengan jalan tar boleh lah shopping.. Takde maknanyaa.. maybe sebab stay 1 hari je so macam tak banyak masa terkejar-kejar, maybe next time boleh kot stay situ lagi. hehehe
*gambar dalam kamera nanti kalau rajin aku uplod ehh..
NEXXT week salman will be 5month old.. cepatnya masa berlalu. on 17 ogos, salman dengan rasminya dah boleh meniarap.. tapi tangan dia masih tersekat.. sekarang dah pandai dah alih tangan, tapi agaknya dia penat kot nak imbang kepala so dia meniarap tak lama.. then dia menangis aku telangkupkan then dia meniarap balik.. bagus sayang usaha tangga kejayaan.. masa 17 ogos tu wan salman ada kat umah, dia nak tunjuk kat wan dia dah boleh meniarap, sebelum tu dia boleh sengetkan badan je, kadang2 dia sengetkan badan ala2 separuh meniarap, cane ehh nak bgtau, bontot dia dah meniarap tapi badan masih senget lagi.. hah gituu akrobatik betul anak aku.. selalunya aku betulkan lah balik takut karang terseliuh plak pinggangnyaa..
bile dia tengah usaha meniarap tu semua tak perasan, sedar-sedar dia dah meniarap dan tengah menangis terkepit tangan bawah badan.. sejak tu aku rajin biar dia kat lantai je dengan alas tilam nak bagi dia selalu meniarap.. aku tak tolong ape-ape tapi bile dia berjaya meniarap aku bersorak sakan.. papa salman lagi lah.. salman dah berjaya meniarap dia baringkan balik, berusaha balik lah salman untuk meniarap semula.. sian anak mama.. hehehe..
Owh semalam aku dan laki aku perhati salman dah macam nak gerak-gerak alihkan badan masa meniarap.. dia dah angkat-angkat bontot diaa.. comel gilaaa.. hihihi rasa syok je perhati perkembangan anak bersama suami :).. cepatnya masa berlalu, semoga salman membesar dengan sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh dan berjaya didunia dan di akhirat.. amin..

0 comments:
Post a Comment