Dr Sneeze

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Haachhoooo.. Hehe..

Sekarang musim selsema kan? minggu lepas kami anak beranak kena selsema. Selsema je, without demam untuk salman but ada sedikit demam untuk aku. Husband? kadang-kadang selsema itu standard.

1st time salman selsema, walaupon tak teruk tapi aku tetap risau. Nasib baek selsema je without batuk or demam. Aku je demam sampai mc 1 hari. Oleh sebab 1st time selsema aku bawak salman ke klinik. doktor kate no need to worry since salman aktif, tak demam dan menyusu macam biasa.

Cuma..

Dia kata takde ubat selsema untuk baby less then 1 year. aku tahu, cuma aku nak ubat untuk aku supaya cepat sembuh dah takde la berjangkit kat salman. Seminggu selsema, aku tak dapat gomol-gomol salman.. Nak pegang pon kena cuci tangan setiap masa..

On the third day salman selsema, which is on the 4th day aku demam, aku google pasal cara anak elak selsema.. The remedies are kunyit, garlic and habatussauda. Since bekalan habatussauda husband dah habes so takdapat lah nak sapu-sapu kat salman.. tertiba terjumpa dan terbaca pasal Dr Sneeze.. Actually aku ada terbaca pasal dr sneeze sebelum ni di klinik (masa mengandung) , cuma aku lupa klinik mana.. dan time tu buat tak tahu sahaja..

Baca punya baca tergerak hati nak cuba dr sneeze.. Selasa aku beli, rabu dr sneeze sampai.. Aku cuma pakai sendiri dulu malam tu, pagi aku lega.. terus sapu kat hidung salman. Cuma agak kalut pagi tu aku tak bawak pulak dr sneeze nak minta teacher sapu pada hidung salman lepas mandi.. Tertinggal dalam bakul salman.. Tapi petang khamis aku tanya teacher dia, dia kata selsema salman dah berkurangan biapon aku sapu sikit je pagi tu..

Malam tu, lepas lap badan salman sebelum tidur aku sapu minyak buah pala di dada n tapak kaki salman, sekaligus sapu dr sneeze tu kat hidung salman.. Pagi aku tengok cam kering dah hinggus dia.. Jumaat aku bekalkan dr sneeze tu dan minta teacher dia sapu di hidung salman lepas mandi.. hari ahad, salman dah free completely dari selsema.. 3 hari je lepas sapu alhamdulillah dah ok.  aku sabtu dah sembuh sepenuhnya.. Tapi aku masih minta teacher salman sapu sikit kat hidung dia minggu ni sebab masih ade baby yang selsema.

Harga dia RM50 agak mahal untuk botol yang kecil, tapi penggunaan nya cuma sedikit, botol dr sneeze pon didesign untuk mengeluarkan krim yang halus dan dalam kuantiti yang sedikit je kalau picit. Sungguh berbaloi bile tengok anak dah tak selsema lagi. Lega. :)

Actually hari ke-2 salman demam aku try kaedah steaming kak jiha.. memang membantu sangat, hingus salman meleleh je lepas steaming. Agaknya sebab tu dia tak selsema teruk kot. tinggal saki baki nak hilangkan selsema je, lagipon aku pon selsema, contact dengan salman selalu ade even basuh tangan aku tak pakai mask bagai.. hohoho.

Ce korang try beli kalau anak korang selsema.. hehehe.. dekat area shah alam senang kot leh pegi terus klinik doktor yang invent dr sneeze ni..

ni alamat dia:

Alamat: Klinik Cybermedik Bukit Kemuning, no 31 Jalan Strereng 34/6 Taman Industri Ringan Bukit Kemuning, 40400 Shah Alam, Malaysia.
Telefon: 03-5880 6534 /03-5161 8523
Waktu Operasi:-
Isnin - Jumaat: 9AM – 9PM
Sabtu: 9AM – 1PM


nama doktor dia Dr Sazali Mohamed Sharif

Bahan untuk buat dr sneeze ni semua bahan alami macam Curcuma Longa Domestica- Kunyit, Nigella Sativa- Habbatus Sauda, Foeniculum Vulgarae- Jintan dan Coffea Arabica- Kopi
Nak baca lebih lanjut pasal dr sneeze.. rujuk link ini ye..

Gambar kredit Google

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.