Nursing Pillow Kekabu Little DJE

1 comment
Assalamualaikum..

Apa khabar.. Hari ni isnin aku el. Salmanfaris anak soleh demam plak. Siap pakej batuk dan selsema. Semalam batuk dia agak teruk, non stop batuk sambil tertunduk-tunduk dia batuk. Pasti sakit sangat. Kesian anak mama. Semalam tengah malam dia start demam, pagi ni dah kebah sikit dah. So mama turun bawah update blog sementara dia tidur lena.

Agaknya dia penat kot, bayangkan laa kami bertolak ke KL pukul 10 malam hari khamis lepas cik abang balik kerja, sampai shah Alam umah kakak pukul 2.00 pagi. Esok paginya pukul 8.00 dia dah bangun sebab tak berapa selesa kot environment baru. Sampai pagi tu dia kedip2 mata lagi dalam gelap bukan terus tidur pon, untuk keselesaan dan mencari kebiasaan bawah ketiak mama la port dia tidur, bila dah tidur baru aku alih ke bantal dia.

Memang penat kot aku rasa journey JB-KL-JB tu. dengan berbadan dua dan beranak kecik melasak gila. Nasib baik sepupu sepapat dia anak-anak kak long rajin melayan. So mama bleh la kejap handfree di rumah mak long. Agak penat bila tengahari jumaat tu kami ke melawati pulak menziarah mak mentua yang tak sihat. Kat umah mak mentua penat sikit laa kena mengekor dia ke hulu ke hilir kalau tak entah apa-apa la tragedi berlaku kat umah mak mentuaku.. tu pon dia dah berjaya tumbangkan lampu. Belum aku risau dia mengetuk dengan gembiranya almari kaca wan nyaa.. Bertuah betul salman faris ni. Berderau darah aku takot pecah lak haii kaca tu.. Petang kami ke berjayatimes square konon nak cari kasut hubby takde plak kedai kasut nike kat situ. So kejap je laa, balik dari situ kami makan ke kedai makanan arab on da way balik melawati. ya da ya daa panjang nya cerita.. pendek kata kalau aku rasa penat lagi la si kecik ni even dalam kereta dia boleh tidur, mama dia tak tidur.. lelap-lelap mata jee. Tapi tak selesa kot tidur dalam car seat, aku rasa dia kecik lagi untuk tidak di car seat kan nak suh baring di kerusi belakang.

Supposedly semalam ahad aku tak hantar dia ke taska biar hubby jaga dia, tapi hubby lak nak g servis kereta yang akhirnya tak jadi servis pon.. betul salman bukan nya ada buat apa kat taska cuma kalau kat rumah dia selesa untuk berehat bagi aku laa..

Oh my, aku nak cerita pasal nursing pillow little DJE sebenarnya melalu-lalut panjang. Semua mak-mak mesti familiar kat dengan Little DJE
Little DJE:
20, 1st Floor, 
Jalan Opera L U2/L, 
Sesyen U2, TTDI Jaya, 
40150 Shah Alam
 Selangor, Malaysia
Opening Hours: 
Mon - Fri: 10:00–19:00
Sat - Sun: 11:00–19:00

Kebetulan aku memang plan nak beli nursing pillow kekabu, cuma tak decide lagi pon nak beli di mana, bila yang mana, aku seriusly takde buat survey mengila pon macam masa aku cari barang salman dulu. Tapi kebetulan masa aku nak ke KL tu little DJE tengah buat sale.. Sekarang masih lagi sale jadinyaa aku pon apa lagi, ajak laa cik abang ke TTDI Jaya on da way nak balik ke JB. Kan dah dekat sikit nak keluar ke tol batu 3 tu hah.. Masa tak sale harga nursing pillow tu RM75. Bila sale harganya jadi RM70. Oleh sebab aku walk-in ke kedai so aku save la duit postage RM15. Total penjimatan aku adalah RM20 laa nampaknya. So aku tak pikir panjang terus grab je laa.

Dan aku memang berkenan corak yang ni. tak nampak kotor kot bagi aku walaupon nursing pillow cover Little DJE ni boleh bukak dan cuci.

Little DJE nursing pillow
Bahagian belakang
bahagian depan corak cupcake
So ni lah barang pertama yang aku beli untuk menyambut ketibaan adik this coming April nanti. adik dah entering 22weeks dah sekarang. Mama hope adik doing well dalam tummy membesar dengan sihat dan sempurna jadi anak bijak macam abang long salman.

Sekarang salman pon dah pandai panggil baby adik. Even nampak ada stroller pon dia panggil adik, abang-abang sangat dah salman sebab dia berdiri dan berjalan.. adik kena duk dalam stroller. Hahaha. Last few days aku tunjuk gambar dia masa baby dan tanya dia ni siapa, dia cakap "adik".. Ye lah sayang, nanti jadi abang yang penyayang dan soleh ye..

Owh ini bukan entry review sebabnya aku tak bukak lagi pon nursing pillow tu dr plastik, tapi dilihat dari kekemasan jahitan, bagi aku yang tak reti menjahit ni aku rasa kemas lah. Hehhe.. Owh tetiba nasu menjahit membuak-buak plak.. hheheh.. sila abaikan statement itu.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Macam best je nursing pillow tu...dah ada utk baby baru....kalau tak blh join beli sekali

    ReplyDelete

Powered by Blogger.