Meet The Author

Saya Suraya Jafar,blogger yang berasal dari Sarawak tetapi sekarang tinggal di Johor Bahru, Malaysia. Seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Lahir pada Jun 1985 dan sekarang merupakan pegawai kerajaan yang berkhidmat di salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran Awam.

author
Showing posts with label Borak-borak. Show all posts
Showing posts with label Borak-borak. Show all posts

Online movie free

1 comment
Assalamualaikum.

Yeay, online movie

Free!!! Double yeay!!

Plus with subtitle..

Triple yeay!!!

Hehhe.. untuk aku yang jenis suka tengok movie tapi tak mau bising-bising sebab takut anak terbangun.. kena cari yang ada subtitle sebab aku akan bukak volume seminima yang mungkin. Jadi oleh sebab telinga aku bukan jenis yang selalu dengar perkataan omputih-omputih terutama slanga british ni memang wajibulghunnah kena ada subtitle.. english laa tapinyaa.. sebab nak cari subtitle bahasa melayu memang payah laa..

so kalau korang pon berminat jugak stream movie with subtitle lee moh le kita reramai terjah link ni.

http://www.subsmovies.com/

Boleh tahan seleksi movie, takde laa up to date sangat kualiti baik punya plus kadang cita yang takde dekat wayang malaysia ni pon ada.. layan laa jugakk asal best.. 

yang pening jimat duit beli tiket wayang..


Read More

Tips beli emas murah di Johor

1 comment
Assalamualaikum.

Apa khabar? Harga emas melonjak naik kan sekarang. Rasanya masa bulan puasa haritu kebanyakan emas di kedai-kedai emas di pasir gudang menjual emas 916 dengan harga RM170 segram. 2 tahun lepas, selepas kelahiran salman aku rasa harga emas RM155 segram je. Masa beli cincin risik tunang kawen lagi laa.. RM98 aje segram.. Sekarang mau juling mata tengok harga emas.. tu belum masuk upah.. sekarang dah include lagi GST.. adoyai.

Aku rasa setiap kali aku bersalin aku akan dilanda demam emas.. asyik nak membeli emas ajee.. gian sangat memanggil-manggil kedai emas tu, tapi aku rasa kali ni lagi maha dasyat kot, masa bersalin salman beli sekali emas demam emas aku terus kebah tak kunjung datang sampai laa bersalin lagi.. kali ni macam aku kata tadi dasyat ya amat.. masih tak kebah-kebah lagi ni walau dah beli 3 kali.. agaknya sebab dah dapat baby girl kot. Puiii alasan! Cuma ongkosnyaa tak gempak ditambah lagi dengan nilai harga emas yang agak tinggi. aku beli yang kecik-kecik ajee.. tak mampu laa nak beli emas berat-berat macam gelang aaisyah anak che taa.. agaknya sebab tu laa demam emas aku tak kebah-kebah kot.. belum cukup dos emas.. hahahah. Tapi nilai emas ni kan semakin naik. kalau tak beli sekarang nanti naik lagi putih mata. Beberapa hari lepas aku lalu kat pohkong jeling kat dalam tengok harga emas semasa mak aihhh RM190.. punah harapan nak dapat pandora emas untuk anniversary. tengok dalam masa 2 bulan naik rm20.. belum lagi upah dan GST... uwaaa...

Adakah impian memiliki pandora akan tercapai? agaknya dapat yang ni demam emas aku boleh kebah kot.. hahaha..

Tapi aku nak share sikit tips membeli emas murah di kedai.. Kena main silap mata sikit.. hehe takde laa.. kena rajin survey sikit laa, korang jangan laa beli emas di kedai-kedai ternama macam poh kong, jumbo, emas sri pinang, wah chan, tomei, habib jewels bagai.. Harga memang harga emas semasa tinggi mak aihh.. beli di kedai-kedai bukan jual jenama.. kedai-kedai emas biasa laa maksud aku.. ni aku share 2 kedai yang aku rasa berbaloi sikit membeli emas.

1. Kedai Emas Nasir di Taman Universiti skudai, dekat aje dengan AEON Taman Universiti
- kedai emas ni takde upah.. Tapi ada GST. Nak dapat kurang agak payah. Harga emas segram masa aku beli ni di kedai pohkong RM170 (belum GST) dekat kedai ni RM160 (belum GST) so lebih kurang RM 169.60 termasuk GST. kalau di pohkong RM180.20 include GST
- keuntungan nya kalau beli di kedai ni 1 harga per gram after GST lebih rendah.. dan takde upah.
- ketidak'bes'tan nya adalah tak boleh minta kurang. Setakat rm1 or rm2 ringgit tu boleh laa.. Masa aku beli kat kedai ni aku hanya dapat diskaun RM5.30 tu pon sebab nak genapkan ke nilai puluh yang ada.. boleh laa daripada takde..

2. Kedai Emas Sri Temasek BBU. dekat dengan Jakel
- kedai emas ni ade upah, tapi dia dah serap GST plus harga plus GST dia jauh lebih murah, masa aku survey di kedai Poh Kong masa tu udah cecah RM190, di kedai ni masih below RM160 per gram.. RM159.30 kot kalau tak silap.. harga tu dah masuk GST
- kedai ni masih boleh diskaun laa dari segi upah tapi takde laa dapat sampai upahnyaa RM20 gitu, tak tau laa kalau korang hebat dari segi bargain harga. Masa ke pohkong aku dah survey upah barang yang aku nak tu dalam RM300-RM350, dekat kedai ni boleh dapat dengan harga RM150-RM200 gitu. masa aku beli tu dapat kurangkan upah hingga RM106. Aku target nak dapat upah semurah bawah RM100 tapi takat itu aje aku mampu nak minta kurang.

3. Beli online. haha. ni by group WA la actually. tapi kira online laa sebab kena pos bagai.. Ni lagi hebat harganya.. Masa harga di poh kong RM190. kali ni aku beli dengan harga rm160 takde upah takde GST. semata-mata harga emas sahaja. masa ni duit dah yilek.. tapi sebab aku masih gian nak membeli emas makanyaa aku beli jugak cincin seberat 2.++ g. hahaha. Sebenarnya husband aku tak kasi pon beli emas secara online ni sebab risiko pos barang emas. Tapi ni aku beli tak pos.. Aku amek barang dari seller. kira aku beli dari kedai jugak laa cuma kedainya bergerak-gerak.. Kalau bukan sebab dapat barang terus dari seller takde maknanya aku nak beli emas online-online ni. Aku ni pon penakot jugak sebenarnyaa.. barang lain boleh beli online, beli emas aku tak berani.. beli yang kali ni aku curi-curi beli. Sib baek selamat dapat cincinnyaa..lap peluh di dahi.. cantik plak tu cincinya. boleh caya kakak ni (angkat 2 ibu jari). Aku pakai seminggu cincin tu dekat jari laki aku boleh tak perasan, kotak cincin pon aku saje pamerkan atas kabinet dapur. kot dia tahu tak marah atau dia tak tau lagi.. ke dah tau.. kalau dia baca ni nanti dia tau la kot.. (hai baby, minta ampun, ayang tak beli pos-pos pon, dapat dari tangan penjual sendiri..)

Yang bestnyaa.. ketiga-tiga kedai yang aku beli ni milik orang melayu.. Sama-sama meningkatkan perniagaan orang kita..

Ape lagi korang. Moh laa beli emas kalau korang suka. Aku memang peminat emas, jadi aku rasa tak rugi beli emas walaupon harga emas meningkat. harga makin naik, nak tunggu jatuh payah sekali.. entah jatuh entah tidak makin naik ada laa.

p/s aku dengar harga emas tahun 2020 boleh mencecah sampai ke RM500. betul ke tidak .. Wallahualam..
Read More

Ramadan al-mubarak

3 comments
Assalamualaikum.

Source

Apa khabar semua. Bagaimana puasa anda hari ini. Masih awal lagi ye dok tanya pagi-pagi of coz laa semua masih semangat lagi. Aku pon masih semangat lagi ni perut pon belum kriuk kriuk lagi. Alhamdulillah tahun ni aku puasa as BF mom. Cabarannya ya Allah, belum tahu lagi sebab baru 2 hari.. hopefully bertahan laa aku sampai tamat bulan ramadan ni. Harap-harap dapat puasa penuh. Amin.

Alhamdulillah kali ni aku berazam untuk susukan husna dengan susu badan sahaja hingga complete 6 month dan diteruskan selama 2 tahun. Semoga Allah mudahkan aku untuk menyusukan aisyahhusna dengan susu ibu selama 2 tahun. Doa aku dari pregnant lagi. Semoga diperkenankan.. tolong doakan aku ye..

Sekarang aku dah start mengepam. Sekali dapat lah 2 kali pump. Awal pagi dan tengahari. In between aku susukan husna direct. Sekarang ni belum bagi lagi ebm since stok aku takde semeriah orang lain. Sekali pump paling maksimum aku dapat 4oz. Tu pun baru-baru ni je.. dulu awal pump aku dapat 1 - 1.5 oz je..  aku start pump seminggu dalam pantang. Masa pantang mak aku ada so aku boleh pump banyak kali sehari.. sehari boleh simpan stok 5oz.. alhamdulillah sekarang sehari boleh simpan stok 8 oz. Ahlamdulillah bersyukur aku dengan rezeki yang ada.. stress? Aku tak nak fikir berapa aku dapat sekali pump biarpon hanya 1oz or kurang yang penting aku simpan. Syok dan a lil bit jeles tengok orang boleh pump sampai 10 oz sekali pump tapi tak bleh jeles nanti production terganggu. Sekarang ada peningkatan biarpon sedikit aku sangat bersyukur. Aku set mind yang penting cukup untuk aisyahhusna, tak melimpah ruah pon tak ape..

Tapi kan aku a lil bit curious dengan peningkatan berat badan husna.. lahir dengan 2.95kg.. sebulan naik jadi 3.27kg sekarang nak masuk 2 bulan 3.8 kg (ni aku timbang dengan penimbang kat rumah, bukan dekat kkia. Esok baru timbang dekat kkia) tapi nurse bagi tahu yang penting berat badan naik. Dan pakar laktasi kata at least dalam tempoh ni berat badan kena naik 400g dan bagi aku husna kencing tak keruh dan tahi dia warna kuning menandakan dia dapat cukup susu dari aku. Husna ni jenis menyusu kerap tapi kejap-kejap.. kalau aku ni ada bibik aku biar aje dia dekat tetek biar dia minum lama-lama. Tapi ada lagi sorang baby yang nak kena belai dan perlu 100% perhatian jugak since dia pon baby jugak iaitu salmanfaris.. lagi-lagi laa dia dah masuk fasa 2 tahun ni haa. Banyak tol peel baru.. sekarang ni fasa tantrum kot. Dia boleh menangis beria apa pon tak mau..apa pon tak kena.. puas tanya nak susu ke, nak boboiboy ke, nak cat ke? Nak sleep ke? Nak makan ke? Pendek kata semua xnak.. lagi lah part apa dia cakap aku tak berapa nak faham.. minta dia ajak aku ke tempat dia nak pon dia xnak.. kesian ada geram ada sedih ade.. akhirnya aku biar dia reda sendiri tak nangis beria baru aku tanya balik sebab kalau aku belai-belai usap-usap peluk-peluk masa dia nangis beria tu ada chance aku kena babap dengan dia.. keadaan dia macam rimas dengan orang kacau dia pon ada.. so bila dia dah senyap duduk tenang baru aku datang offer susu or offer biskut or offer remote untuk tengok boboiboy or cat dekat youtube tv.. tak pon aku offer tangan aku dan ajak dia bawak aku ke tempat dia nak.. kadang dia ajak aku ke tempat simpan biskut or tempat simpan kismis or tempat aku simpan remote..

Satu je yang menyejuk hati aku dia sayang sangat adik dia.. asyik kiss aje cuma cara cam kasar kenkadang. Aku pon dia tak pernah kiss sekerap tu. Asyik laa sayang adik.. jeles mama. tapi tulahh jenuh aku ajar kalau adik nangis tepuk-tepuk badan adik tapi dia still nak usap-usap kepala dan muka.. haihh risau aku dia tercucuk mata adik dia.. nak kiss pon sibuk nak kiss pipi kiss dahi sampai rambut tu boleh masuk mata adik.. haii la abang.. a few times kadang dia datang angin geram dia dekat aku dia babap adik diaa kalau adik dia nangis dalam cot, sibuk panggil aku ni hah.. adek nishh.. adek nishh.. paling aku kelakar rupanya dia panggil adik dia utaaa utaaa.. memula aku pelik apebenda laa yang utaaa utaaa.. tapi bila aku panggil panggil adik dia husnaa husnaa. Dia pon dok sama sebelah aku mengikut mengagah adik dia sambil mulut sebut.. utaaa utaaa.. ooo utaaa = husna rupanya.. sekarang aku cuba utamakan dia dulu dan kurangkan guna adik dia sebagai alasan tak boleh ikut permintaan dia time tu jugak..

Apapon semoga kedua-duanya jadi anak soleh dan solehah.. amin..

Oklah korang.. selamat berpuasa.. kepada rakan-rakan ttc aku doakan berkat bulan mulia ni korang dikurniakan rezeki anak tahun ni..  samada BFP masa puasa ni or Berjaya pregnant masa cycle bulan puasa ni.. (Teringat masa my first BFP time bulan puasa tahun 2012 dan masa husna aku pregnantkan dia cycle bulan masa bulan puasa dapat BFP masa bulan raya). Those ttcian yang tengah preggy semoga anak dan mama sihat dan dapat puasa penuh tahun ni.. cayok cayok..

Read More

Ramblings

1 comment
Assalamualaikum.

Aku nak berblog tapi aku tak tahu nak cerita apa.. Ada beberapa event penting dalam hidup salah satunya Birthday salman.. Tak tercerita lagi aku cuma tepek gambar di FB, birthday salman biarpon aku tak buat birthday celebration jemput kenkawan dia tapi alhamdulilah niat aku sampai jugak.. Tak kan tak nak celebrate kot birthday anak bujang nan sulung itu.. Niat nak wat birthday party tu ada memula tapi aku rasa macam tak larat gitu..

Ada lagi cerita pasal salah satu wishlist impian termakbul.. boleh slash dulu laa after a few years masukkan balik..

Sekarang aku tengah meniti hari nak menyambut anak ke dua.. bila lagi ni adik baby sayang.. Abang salman dulu 5 hari before due date dah mama dapat peluk dah.. ni mama punya due date 23 april sayang.. Jom lah keluar.. mama dah tak sabar nak jumpa anak soleh/solehah mama ni.. Abang salman pon dok asyik kiss perut ajee.. nak juga tengok dia kiss adik baby real life.. penyayang betul abg salman, suh kiss adik dia beria.. tak suruh pon dia kiss.. minta kiss mama amboiii kena bersyarat bagai.. dia minta buah kena kiss mama dulu baru dia nak kiss.. nasib papa pon dapat layanan yang serupa.. kalau tak mama is sentap.. berak makan kencing ambik kan remote tengok cat tidur nap semua carik mama.. minta kiss bukan main mahal lagi ehh...

Alhamdulillah rezeki adik baby murah.. ade a few good news untuk our little family both jadi kat mama dan jadi kat papa... syukur pada Allah.. semoga dimurahkan rezeki yang berkat untuk family kita..

Tahun ni mama nak pergi langkawi or cameron, tetiba rasa nak pergi cameron lagi.. nak pergi langkawi sebab mama tak pernah jejak kaki ke langkawi.. tunggu akhir tahun laa kot. papa sibuk attach dengan projek.. ingat nak pergi cameron dulu masa cuti bersalin.. tapi after abis pantang a few weeks kemudia dah puasa.. mane sempat pergi cameron kan.. nak g masa raya.. ade ke sedara mara yang boleh di lawat di cameron..

Tahun ni turn raya KL.. huuu.. ade baby baru jee mesti turn raya KL.. tak leh nak balik sarawak.. Tapi plan nak wat majlis doa selamat di bintulu, bile kah nak buat itu? cuti raya aidiladha??

Lapar... sapa nak ajak mama gi makan ni.. nak drive g kedai rasa beratnya kereta.. sanggup drive nak ke ofis dan balik ofis je..

Owh.. mama belum cuti lagi, masih gigih bekerja sehingga adik baby lahir.. Jom sayang keluar sekarang.. mama dah tak tau nak buat apa ni.. mama rajin berjalan aje kat opis.. to do list dah slash semua ni. kerja tetiba datang ajee yang ada..

Read More

Cawangan Butik Online Bandar Baru Uda Johor Bahru

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Warga Johor Bahru sila jerit YEAY!! Alhamdulillah dah kurang jeles dah dengan warga KL Bangi dan Shah Alam.. Tapi tetap jeles sebab Elyashazleen takda cawangan dekat JB.. T__T.. EDZ pon takde..

Tapi sila bersyukur sebab semua butik online yang best-best dah berkumpul 1 tempat di Bandar Baru Uda. Aku baru tahu, sila boo aku :D... Tak kisah laahh kena boo yang penting aku puas hati boleh shopping sini. Sekali harung boleh masuk banyak butik tinggal sedia duit aje, tunggu aku lepas pantang nanti aku nak terjah sini lagi untuk menghapdate baju di dalam wardrobe. Hehe.. ala nak jadi mama fashionista laa kengkonon.. Berangan dulu boleh laa sekarang..

Alkisahnyaa bermula bila aku nak cari baju lagi untuk majlis kawen adik ipar aku. Memula search online, dah lompat dari satu page ke page yang lain, baru aku perasan yang ehh banyak jugak yang dah bukak cawangan dekat JB rupanya.. So one fine day, memula hajat nak pergi kipmart beli barang basah nak masak nasi ayam, tetiba semasa borak-borak dalam kereta on da way nak ke kipmart, aku keluar topik yang baju melayu lahki aku dan salman belum beli lagi. Aku tanya nak tempah ke nak beli siap. Being may husband aku tau dia mana suka pakai baju beli siap ni.. seingat aku baju dia semua custom made aka baju tempah.. Lagi laa dah tau kedai uncle yang tempah boleh siap dalam masa 2 minggu.. 2 minggu kalau nak dekat raya tau.. kalau bukan raya agaknya lagi cepat boleh siap.. dari topik nasi ayam terus tukar topik baju.. Nak beli baju laki aku dan salman baju aku kena cari dulu sebab baju aku ofcoz laa baju siap sedia ada.. Jadinya aku pon cakap, apa kata kita pergi BBU banyak butik online dah bukak sana.. So laki ahkak setuju terus cancel nasi ayam, mari kita zasss ke BBU.. tapi kami balik jap tukar baju dan bawa susu dan pampers extra salman.. Bile sampai aku dah tak menyabar nak shopping ..kemain banyak kau butik online dah bukak cawangan dekat JB, semua berkumpul satu tempat..

Tapi tulah kelemahan shopping baju dengan warna dah fixed ni, lagi laa warna yang agak spesifik bukan kata biru ke boleh pilih biru tua ke biru muda.., merah ke boleh pilih warna merah apa2 sekalipon asal merah,, kuning kee, hijau kee... ungu kee.. boleh pilih dark blue or soft blue, baby blue.. uwaaa rasa nak nangis jee lagi2 mak buyung masa majlis dah cukup bulan.. ada baju warna ngam, design cun,, perut tak lepas plak..kalau 7 bulan dah tak lepas apatah lagi 9 bulan nanti.. huuhhuuu T__T.. Mane nak cari warna turquoise.. preferable dress :( nak kasi lepas perut.. baju kurung memang no no laaa.. Jubah lahki i tak berapa nak gemar i pakai jubah.. Aku dah terjah dari 1 butik ke 1 butik.. siap pusing 360 cari warna turqoise bile takde cecepat keluar.. kadang tak sampai 5 minit dah keluar balik.. Paling senang aku tanya jurujual, dikk warna turqoise yang agak2 perut ahkak ni lepas nak pakai ade tak. Bile dia jawab "tak", ok dik, TQ... Senang cerita.. mak buyung pon bukan leh berdiri lama sangat carik baju, sempat jugak sekali dua duduk rehat dalam butik, kau ada masuk-masuk butik terus duduk? Hahaha.. aku lahh tuu..

Sudahnya aku beli dress kaler merah.. memula nak beli kaler lilac, tapi teringat yang dress EDZ yang baru aku pakai sekali tu pon warna lilac aku beli warna lain pattern dress sama.. RM60 aje kau.. Murahan.. Bila dah agak-agak macam tak jumpa baju pilihan hati, dalam pada nak balik ke kereta tu aku ternampak habibi by alkenali.. Aku teringat yang aku nak beli Inner Neck Anti Tembam dia.. soo aku pon ape lagi ajak laki aku masuk, konon nak beli inner neck aje.. sekali keluar dengan blouse dan skirt sekali.. Haha.. warna mint green yang aku ingat warna turqoise. Tapi boleh laa tu warna pon lebih kurang turqoise jugak, laki aku pon dah beli baju warna tu untuk baju melayu dia dan salman.

Dalam kereta masa balik, keluar penyataan "mama nak buat wardrobe clearence lepas pantang sebelum naik kerja".. lahki ahkak senyap ajee.. kihkihkih tapi dia jugak yang suh aku clearkan wardrobe, penat dok mendengar bini kate takde baju kalau nak keluar..  Hehe, nanti boleh shopping situ lagi. raya pon boleh cari baju raya kat situ gak.. Ada banyak baju yang mama geram aje tengok tapi pendam rasa aje sebab tak guna beli sekarang, tunggu nak naik kerja nanti baru beli.. 

p/s bila balik rumah aku rasa baju turqoise yang aku beli tu macam plain ajee.. nak yang mengerlip-gerlip.. hahah laki aku macam bagi green light lagi since baju tu dia yang suh pi beli.. Aku dah kepenatan aku pon on aje, lagipon dia yang bayar.. Macam nak cari baju lain aje.. macam nak cari baju lain ajee.. hikhikhi..

korang layan laa gambar luar butik yang aku snap ni. Dalam butik aku tak snap.. Kebanyakan butik sini kena buka kasut soo karang pakai kasut sarung aje senang ok. Untuk para suami or boyfriend ke abah kee tak payah laa nak pakai kasutt kalau nak mengikut masuk.. kalau nak pakai kasut gak bagi aje kad kredit or duit pada isteri lepas tu lepak aje lahh mane-mane kedai makan area situ.. syurga beli belah untuk golongan wanita/gadis fashionista kunun.. baju lelaki takde.. Sori.. Seketul dua aje kot yang ada.. heheheh







Read More

Honda Civic Facelift Malaysia

Leave a Comment
Assalamualaikum. Salam 2015!

1 Januari 2015
Alhamdulillah..Hah macam mimpi lak tertiba ada, muncul dalam hidup.. nanti i story kisah hunting for saleman, hunting for plate number dan hunting untuk pasang tinted. memenatkan.. lagi dengan berbadan dua dan salman yang melasak.. tapi puas laa kot.. haha.. 


Read More

Simple Make Up vs Heavy Make Up

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Korang buat ape tu? Tetiba rajin plak nak update secara berganda plak hari ini... Mood baik sudah mari.. Kali ni aku rasa nak cerita hal make-up.. Sebagai perempuan sejati, biarpon aku bukan hari-hari tepek make-up ke mukaa.. aku sebenarnyaa suka make-up. Suka laa tengok muka sendiri cantik.. Wahahha... Kalau orang make-up kan lagi sukaa sebab comfirm laaa orang tu reti nak make-up.. Aku setakat simple-simplee boleh laaa.. Setakat pakai faundation dimuka biar hilang celaa.. tepek bedak untuk effect flawless.. pakai eye liner bagi membesarkan mata sepetku.. pakai blusher then pakai lipstick biar nampak seri tu retilaaa... Pakai eye shadow aku tak reti sangat.. kadang menjadi.. kadang aku jadi mcam hantu mak limah plak.. soo selalu aku skip bab eye shadow.. kih kih kihh... Kunun-kunun natural beauty laa sangat khennn... 2 gambar dibawah gambar makeup simple aku. Wahahah kejap jee make-up ni.. Takde lama-lama ponn... Nama nyee mak-up ringkas so korang takyah gedik tanya aku tutorial bagai.. Sebab aku gerenti korang pon terer sangat make-up cengini.. Heheh

Hoho ni nampak lagi seri make-up sebab baru nak keluar kan...

Ni dah sampai akhir majlis dahh salman dah keluar tangan nak cekau orang dah
Nape aku suka simple make-up.. Kerana simple make-up akan menunjukkan rupa dan wajah aku.. Bukan aku tak pernah heavy make-up bagai.. Nak kawen mesti kena make-up tebal-tebal kann.. Dengan make-up tebal aku tak nampak muka aku dalam cermin.. Bukan dalam cermin jee nanti bila jumpa orang mesti akan kataa.. Waaa lain nya mukaa.. Comfirm akan jadi macam muka orang lain.. nak tengok?? Jeng jeng.. Tebal gilaaa make-up aku..




Tapi lain orang lain kegemaran teknik make-up.. Kan??  Aku mungkin suka simple.. Tapi mungkin korang suka makeup tebal.. Ada yang langsung tak suka makeup pon ada.. terpulang laa pada diri korang masing-masing.. sekarang nak beli alat make-up semuanyaa berada di hujung jari.. pelbagai jenama ada. Tapi ingat, beli makeup pilih lah yang terbaik dan berkualiti contohnya korang boleh beli alat Make Up di ZALORA Malaysia ni haa... Senang.. pilih-pilih... klik-klik bayar then tunggu abang posmen sampai dengan senyum lebar sampai telinga.. :).. Hehehe.. Cer cepat klik. meh kita membeli bersama-sama di ZALORA.. 
Read More

10 Tips menjadi ibu bapa daripada Prof Muhaya

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Saja nak share balik apa yang orang share di facebook, buat rujukan aku dan untuk sharing-sharing dengan
korang sapa yang belum baca.

Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya


Sharing is caring love :)
Read More

Kegilaan tahun baru.

2 comments
Assalamualaikum.

Kegilaan awal tahun ini aku rasa lah adalah beg coach. Why owh why dan how owh how aku boleh jadi bergini. Sila nyanyi "salah siapa ini terjadi, kau menentukan hawa nafsu diri sendiri".. erk betul ke lirik ni.. ok ok aku cipta lirik sendiri..

Aku bukan peminat hand bag, aku ada hanya 1 beg kerja yang aku guna sampai lunyai baru tukar dan since menjadi mak mak ni aku ada lagi satu beg yang juga merupakan diaper bag salman. Tapi kegilaan dengan coach ni semakin menjadi-jadi bila bonus dah nak dapat aritu hah. Lagi havoc bila ade kawan ofis yang dok gila nak membeli bag coach.Jadi, balik rumah kerja aku adalah surf online authentic coach bag.. Kat ofis macam tak menyempat je nak menggoggle. Dek kerana sekarang dah musim pengambilan pelajar.

Bila tengah dalam mood "gila" dan sometimes aku rasa macam obses menggoggle. Seperti biasa aku yang memang sangat gile "menyurvey" dan mengcomparekan everything from seller to seller yang tergapai dek capaian internet aku ni.. until aku rasa aku dah macam nak muntah searching.."google"ing... comparing price.. comparing style.. comparing everything.. Cuma this time aku tak banyak lah approach seller tanye pasal price macam aku gila carik tilam kekabu salman suatu masa dulu sebab semua dah letak price.. semua dah letak detail description.. Kita cuma tinggal fikir nak beli mana, sedia duit dan transfer duit. But being me, aku nak kaji semua.. tinggal takde buat spreadsheet macam nak beli tilam kekabu dulu tu lahh(kaji lah sangat kan) macam tak puas-puas dan of coz la mengambil masa yang lama giler untuk survey, but now dengan adanya baby beruang panda yang dok menempel je dekat mama sekarang sambil ketuk-ketuk laptop, makan mouse, tarik rambut mama semasa mama tengah nak mengusha usha bag coach, kalau tak menempel dekat mama dia membuat cubaan makan wayar, tarikh plug dari soket, cubaan masuk ke dapur, cubaan panjat tangga kerana tidak dilayan membuatkan mama hanya boleh bertahan depan laptop hanya for a few minutes sahaja. Dan aktiviti mengusha terpaksa dihentikan sementara waktu until baby salman anak soleh tidur dengan lena, baru lah sambung menghunting bag coach lagi menyebabkan masa yang extra lama digunakan untuk usaha survey.. Macam tak bosan dan addicted, konon nya nak value for money laa tu.. ;p

Since diaper beg storksak salman still brand new dan still in a very good condition, aku decide tak nak beli bag baby lagi untuk masa terdekat. aku berkeputusan nak beli beg pergi kerja yang boleh tahan besar jugaklah untuk letak a few things salman essential untuk masa yang singkat macam bawak ke klinik ke, shopping times after office hour kejap dengan mama, pergi kipmart beli barang dapur ke but of coz la still sesuai dan gojes untuk di bawa ke office or meeting.

Lagipon bag salman cum my shopping bag dan my travelling bag salman sekarang sangat la spacious dan memang aku sumbatkan segala benda essential salman dari sepenting-penting diapers sampailah semengada-mengada mama nak letak travelling fan salman dalam beg.. Kalau shopping sekejap-sekejap setakat perlu diaper, wet tissue dan botol air boleh laa bawak beg biasa je, kalau shoping dari pagi ke petang membawa ke malam, salman perlu thermos, extra baju, extra napkin, extra pampers, extra toys and everything sampai kan ke baby shower pon aku bawak sekali kita pakai diper bag je lah..

Aku jumpa a few seller yang aku macam terberkenan.. Macam

http://www.bagforbabes.com/
http://www.iwantbags.net/
http://cravingforcoach.com/
http://www.jualanmega.com/
http://welovecoach.com/

dan the list continues.. ni aje yang masih terbuka tabnya sekarang, nanti aku bukak history balik aku add a few more seller..

And ade a few fb page yang jual authentic coach bag macam:

https://www.facebook.com/OurFashionDistrict?ref=ts&fref=ts
https://www.facebook.com/bagmalaysiaonline
https://www.facebook.com/addacoachlover

dan juga ade fb group open by abg senior sekolah menengah aku dulu, feel free to join the group since ianya adalah open group. Harga paling competitive and reasonable buat masa ini lah.

https://www.facebook.com/groups/madcoachforsale/

aku tak de perancangan untuk style macam mana bag yang aku nak, asalkan harga tak mahal sangat dan macam cun je, macam menarik je.. macam syok je kalau beli.. yang terberkenan di hati aku adalah seperti di bawah lah.. aku letak harga dan sellernya di caption kalau korang rasa minat dah harganya menarik hati.. go ahead and click the link above ehh..

Coach 23957 Daisy Kaleidoscope Hobo Crossbody Our Fashion District RM 540

 Coach 26841 Park Op Art Scarf Print Large Duffle Crossbody Our Fashion District RM530

Coach Signature Stripe Python Stripe Carryall 24882 Iwantbags.net RM690

Coach Signature Stripe Tote 25771 iwantbags.net RM580

Coach Park Signature Hobo Brown RM590

Coach Taylor Op Art Sateen Satchel RM590

Peyton Bennett Mini Satchel Mad Coach Sale RM 500


SIGNATURE STRIPE SATCHEL STYLE: F24364 Bag Malaysia Online RM 540

Coach Campbell Signature Satchel 24741 Iwantbags.net RM630


Waktu aku update entry ini yakni sekarang laah suma still available lagi. Dan kalau korang baca lambat maybe harga dah lain or dah out of stock la kot.. Aku tak menjual ehh dan aku tak dibayar untuk buat iklan pon. Saje sesuka isi masa lapang nak tolong sesiapa yang tengah gila mencarik macam aku jugak.. hahaha.. so feel free to terjah the link above yee.. klik klik jee..

Erk, aku dah buat payment pon tapi tak beli beg mahal sangat siap mintak diskaun lagi ade.. bajet constraint tetap ada lain la gaji riban-riban.. hopefully beg aku seperti yang diharap dan sampai dengan cepat dan selamat. Amin. Kalau takkk.. aku tau laa apa nak buat.. kikikiki.. 

Ok happy hunting peeps!
Read More

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)

2 comments
Assalamualaikum.

Hari ini dapat info berguna dari akak kaunselor kita, dan dalam pada yang sama ada yang share info yang sama dalam facebook jugak.

Credit tuan punya artikel.. Dapat dari sini ye

Macam biasa aku copy paste je lah dalam blog aku ni yang hanpir nak mula menyepi ni.. aku copy part tips je ye, bukan semua entry. Entry full baca lah di blog tuan punya di link atas. siap ngan gambar aku copy paste.. comel anak dia.. Salman dulu sikit lagi nak di letak nama haikal.. Owh nak bagitau, tips ni dia dapat dari child Psychiatrist. Nama dia Dr. Sherine. menurut tuan punya blog, Dr. Sherine ni memang well-known la di Penang. Dia kerja di Hospital Gleneagles, Penang.


1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.





2. Don't expose to too much things in a box. 


"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T


Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya. 
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.

Gitu.

Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T

3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung. 
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T 

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.

Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan?? 
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.


Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. 
Haruslah dimarahin dong.


10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam

"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

So itu lah sahaja. Moga dapat di paktikkan.

Pasni aku nak pergi beli pasir. Staff aku siap kate jangan beli pasir kucing sudah.. hahaha.. 
Read More

Petua Ketika Hamil: Anak Muka Berseri-seri

3 comments
Assalamualaikum.

Tengah mengantuk gila, surfing internet tetiba terjumpa petua ni. Sepanjang mengandungkan salman memang aku banyak makan buah delima, tapi tujuan aku supaya bibir salman merah bak delima disamping nak dapatkan khasiat delima. Tak pernah pulak tau salah satu sebabnya adalah untuk mendapatkan bayi yang mukanya berseri-seri.

Berseri-seri ye, tak semestinya comel ke, kacak ke, cantik ke, cerah ke.. hitam ke putih ke sawo matang ke kuning langsat ke yang tu aku rasa ikut genetik mak pak nya lah kot. Tapi tujuannya nak muka anak berseri-seri.. Semua mak pak akan kata anak dia comel yee dok?? hahaha

Aku jumpa di sini: 

dan aku copy dan paste kan yee..

WAJAH ANAK BERSERI-SERI

Oleh: HASNITA PAMA
Tarikh: 30 September 2013



Setiap ibu bapa pasti menginginkan bayi yang dikandung lahir sihat, sempurna dan comel. Semua bayi sememangnya dilahirkan comel.

Kata orang tua-tua, ketika mengandung, ibu elok amalkan makan buah delima sebiji sampai habis jika mahu wajah anak berseri-seri. Tetapi rahsianya, buah delima tersebut tidak boleh dikongsi dengan orang lain.In sha ALLAH, muka bayi akan berseri-seri bila dipandang.

Ni hasilnya bile aku makan semasa mengandungkan salman. korang rasa berseri tak? Mak pak nya takde laa berseri mana.. kalau rasa berseri boleh laa amal..



InsyaAllah. Lagipon delima banyak khasiat.. makan aje tak salah kan..


Read More

Short trip to zoo johor

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Salam maal hijrah. 4 tahun dahulu pada tarikh islam ini berlangsung our majlis bertandang. Hikhikhik.. Ingat but anniversary present of coz laa dapat masa actual date ikut tahun masihi.. 

Kebetulan cuti maal hijrah ni jatuh ngam ngam pada tarikh salman mencecah 7 bulan. Happy 7 month salmanfaris darling, semoga sentiasa membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, kuat dan bijak..

Oklah cerita pasal zoo johor. Zoo johor ni boleh tahan cantik dan menarik.walaupom binatang tak berapa nak banyak, tapi ada singa, harimau, gajah dan unta. Ada banyak lagi tapi yang ni je yang aku tau comfirm ada, cuma gajahnya tengah training.. Takde dalam kandang. Siap ada sesi bergambar dengan ular sawa dan trip menunggang kuda. Pendek jee lawatan ke zoo johor ni, salman of coz laa tak faham apa lagi, mama suh tengok tiger dia sibuk perhati payung mama. Mama guna payung tu tiap kali hujan dan panas tau sayang, itu juga yang menarik.

Bayaran masuk untuk ke zoo johor rm2 untuk dewasa. Kanak-kanak tak sure berapa and of coz laa baby free.. Kikiki. Ramai giler orang pergi zoo johor ni. Tempat dia bersih, sampah tu tetap ada but tempat dia terjaga dan landskap dia marbeles, tu yang naik seri kot.

Zoo johor terletak berhadapan dengan pintu masuk masjid sultan abu bakar. Kami keluar darirumah pukul 11 lebih, pergi makan di food court larkin terus zass ke masjid dulu solat zohor. Parking terus kat  perkarangan masjid then jalan kaki ke zoo. 

Cuma zoo johor ni tak berape friendly dengan stroller baby, berbukit dan banyak tangga.. so berbabywearing adalah amat digalakkan.. Kami pakai stoller nasib baik stroller ringan, angkat dengan salman sekali pon papa gagah lagi.. Kuat betul papa.. Hikhikhik.. Pusing dalam tu tak lama pon since panas dan papa dah penat hangkut salman dalam stroller, kurang dari sejam kot kiteorang kat dalam tu.. Gambar pon kurang. Hanya ada gambar mama dan salman je banyak.. Amek pakai ipad je sebab mama lupa charge bateri kamera. Siap ade gambar tercover dengan casing ipad jugak.. Tapi gambar mama n salman tetap cun. Tq papa amek gambar cun.

Dan untuk perkembangan salman sempena 7 bulan ni. Dah pandai hulur tangan balik kalau kite hulur tangan kat dia nak dukung, suka gile berdiri, dah pandai merajuk, pandai carik mama dah kalau orang lain dukung dia. Nak tidur mama kena landing sebelah baru cepat sikit tidur, dah ada bunga-bunga nak duduk sendiri, sekali je dia duduk 2 hari lepas. Dah pandai berdiri dengan sokongan kabinet or mama or papa.. Aku takut gile dia tersembam ke belakang.. Kite baring dia sibuk jadikan badan kita untuk ampu diri supaya dapat berdiri.. Suka dengan segala berupa remote dan suka masuk dalam kabinet tv.. Dah pandai merangkak dengan jayanya, tapi kadang-kadang masih wujud aksi ulat bulu or merayap.. Dan yang paling best dia dah macam pandai sebut mama.. Kalau nangis je keluar laa emmmaa emmaaa.. Suke walaupon tak sure tu dia panggil aku ke tak tapi asal bunyi nyaa maaa.. Hahaha..

Paling suka juak part merajuk, nak solat aku letak dia atas carpet sebelah sejadah aku, memula dia tenung je aku solat, masuk rakaat ke 2 dah sudah dia start bunga nangis.. Bile aku sujud dan duduk antara dua sujud macam boolayan dia walaupon dia dah nangis makin kuat nangis.. Sampai rakaat ke 4 dia dah start nak panjat-panjat bantal peluk aku bentengkan supaya dia tak gerak ke area toilet.. Gaya macam nak merajuk siap pandang2 aku dan acah2 nak gi jauh sebab aku tak layan dia..aku habes je salam, terus panggil nama dia sambil hulur tangan, dengan lajunya dia merangkak balik dekat aku then sembam muka kat pehaa.. Olohhh.. Comelnyaaa.. Manja anak aku ni macam mama dia..

Hoho..


Nah gambar salman dengan unta..


Nah anak soleh dengan mama sebab tunggu papa take turn untuk solat asar dekat petronas masa balik..

Read More

Self Insemination - Do It Yourself (DIY) IUI

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Hari ini nak share satu ilmu baru. Ilmu dan tips untuk mendapatkan anak. Tapi, perlu diingatkan bahawa aku tak pernah cuba cara ni. sebab tu aku kate ilmu baru. aku dapat ni pon sebab follow blog Dr Hamid Arshad.. aku paste sini untuk rujukan masa depan aku, walaupon sekarang dah ada salman, sesetengah orang berpendapat kalau dah lekat, nanti senang dah nak pregnant. aku tetap masih mencari ilmu-ilmu dan tips-tips sebegini. Allah je yang tau rezeki aku nanti camne kan, senang ke susah nak dapat adik salman.. Boleh klik linknya di sini yerk.. Untuk rujukan rakan-rakan TTC yang masih berusaha. semoga termakbul hajat kawan-kawan semua.

Ok aku copy dan paste di sini ek.. yang kaler merah, bold dan italic ni aku copy paste directly dari blog dr hamid termasuk dengan gambar-gambar sekali, klik la link di atas kalau nak feel baca kat blog dr hamid sendiri.

Saya akan jelaskan tentang satu kaedah rawatan DIY untuk tingkatkan peluang hamil. Kos jauh lebih murah dari IUI dan peluang hamil hampir sama.

Ikuti link ini tentang IUI

Ada beberapa kaedaan yang menghalang kehamilan berlaku akibat dari kegagalan benih suami masuk kedalam rahim.

1. Kegagalan persetubuhan. Jangan terkejut masih ada pasangan yang gagal melakukan persetubuhan walaupun setelah beberapa tahun berkahwin . Bukan tidak ada keinginan atau keghairahan tapi isteri ada phobia atau ketakutan setiap kali mencoba bersetubuh. Ada wanita yang masih dara selepas 6 tahun kahwin.

2. Lemah tenaga batin khususnya pihak suami atau 'mati pucuk' dan tidak bolih melakukan persetubuhan. Tetapi dia masih bolih mengeluarkan air mani secara mastubation.

3. Suami sering mengalami 'premature ejaculation' dan tidak bolih masukkan benih dalam faraj isteri. Air mani tumpah diluar , dia ejaculate sebelum dapat masukkan zakar kedalam faraj isteri.

4. Suami ada kecacatan semula jadi/congenital pada saluran air dimana muncungnya terbuka dipangkal bukan dihujung batang zakar (hypospadias). Bila dia ejaculate/pancut air mani diluar faraj.

5. Suami terlalu letih dan tidak terdaya melakukan persetubuhan sedang isteri subur (ovulation) . Tapi bolih keluarkan air mani cara paksaan (mastubation)

6. Benih suami kurang bilangan, kurang pergerakkan dan kurang yang bentuk normal.

Apa bolih dilakukan untuk cuba hamil.?

Saya cadangkan satu kaedah yang digelar 'Self Insemination' - satu cara permanian yang dilakukan olih pasangan suami isteri sendiri tanpa bantuan doktor.

1. Bila datang haid . Makan ubat subur clomid 2 biji setiap malam selama 5 malam berturut2 mulai hari kedua haid bagi mereka yang punya pusingan haid teratur ( 28 - 32 hari)
-

Jika haid jarang datang sebab PCOS makan Norculut 2 biji, 2 kali sehari - sarapan dan makan malam - selama 10 hari. Haid akan datang 3 - 4 hari lepas habis norculut. Makan clomid 4 biji setiap malam selama 5 malam. Beli clomid dari klinik saya atau farmasi.

2. Ovulation Test kit (5 ujian). Ujian air kencing untuk kesan waktu subur dimulakan pada hari ke10 bagi pusingan haid 28 - 30 hari dan hari ke14 bagi pengidap PCOS. Beli ovulation test kit dari klinik saya atau farmasi.
Buat ujian setiap hari hingga jalur ujian sama warna dengan jalur control (positif) .
Bila positif ujian ovulation , pematangan telor akan berlaku 24 - 48 jam selapas itu - esok atau lusa. Mula self insemination esok.

3. Cara lakukan self insemination (DIY). Beli beberapa 3 cc/ml syringe plastik (disposable sterile). Beli 10 - 20 syringe 3cc simpan untuk kegunaan masa depan. Jarum tidak perlu digunakan .





Perlu bekas sterile untuk tadah air mani suami yang dikeluarkan secara mastubasi.




Sebaiknya jangan bersetubuh selama 3 hari sebelum insemination.

Setelah dapat air mani suami, biarkan ia cair selama 1-2 jam. Lepas itu sedut 2-3 cc/ml air mani yang cair kedalam syringe tanpa gunakan jarom. Sedut dari cecair lapisan atas kerana benih2 yang aktif akan berenang2 keatas.

Wanita baring dan suntikan air mani kedalam faraj dengan masukkan keseluruhan syringe dan tolak plungger. Bolih buat sendiri atau olih suami. Baring selama 2 jam dengan bantal dibawah ponggong. Prosedur tak sakit kerana saiz syringe adalah kecil. jika pintu faraj sempit pelincir KY jelly bolih digunakan.

Sebaiknya lakukan prosedur ini pada waktu malam selepas solat isha.

Perlu buat 2 kali self insemination untuk setiap pusingan haid. Esoknya lepas ujian positif dan 2 hari kemudiannya.


Peralatan dan ubat2 clomid serta norculut bolih dibeli dari klinik saya atau farmasi terdekat.

Ok sekian sahaja.. salinan daripada blog dr hamid.. semoga berkat ilmu doktor hamid dan berjaya menolong lebih ramai lagi pasangan macam kami-kami ni..
Read More
Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.